Penceburan awal di arena politik Joseph Goebbels

Pendedahan beliau kepada politik bermula pada tahun 1922 apabila beliau menghadiri satu ceramah politik anjuran parti Nazi di Munich. Kepetahan Adolf Hitler berpidato telah menarik minat orang muda itu untuk menjadi ahli parti baru tersebut. Pada waktu itu, parti Nazi terpisah kepada dua fahaman berlainan: sosialism dan nasionalism. Pada mulanya, Goebbels berpegang teguh kepada fahaman sosialism yang kuat dan telah menyebelahi Gregor Strasser, ketua sayap sosialis dalam parti tersebut. Manakala, Hitler pula merupakan penyokong kuat nasionalism atau semangat kebangsaan. Kedua-dua sayap ini sering bertembung sehinggakan dalam satu mesyuarat Goebbels telah bangkit dan berkata "saya mendesak agar si-Bourgeoisie Hitler ini dibuang dari parti Nazi!"

Namun demikian pada April 1925, pandangan Goebbels berubah apabila menghadiri mesyuarat khas anjuran Adolf Hitler. Dalam diarinya, Goebbels menulis "April 13. Hitler berpidato selama tiga jam. Sungguh mengkagumkan! Dia boleh buat seorang ragu dengan pendiriannya sendiri… Saya kini selesa dengannya… Saya tunduk kepada orang yang lebih hebat, seorang yang genius berpolitik." Pada ketika itu, beliau terus menjadi penyokong setia kepada Hitler serta fahaman nasionalismenya.

Pada 1926 beliau dilantik sebagai Gauleiter, atau ketua parti bagi kawasan Berlin di mana penduduknya rata-rata berfahaman komunis. Langkah pertamanya di sana adalah dengan membuka suratkhabarnya sendiri dipanggil Der Angriff ("Serangan"). Sebagai editor utamanya beliau cuba menambat hati masyarakat di sana. Selain itu, Goebbel seorang yang pakar dalam melaksanakan tarikan publisiti. Antaranya adalah majlis debat perdana antaranya dengan Canselor Heinrich Brüning. Oleh sebab Brüning enggan menyertai debat tersebut, Goebbels akhirnya "berbahas" dengan kerusi yang kosong, sambil memberi respon kepada rakaman ucapan yang dibuat oleh Canselor berkenaan. Jawapan Goebbels yang bernas dan penuh sindiran telah memikat hati penduduk Berlin sehinggakan pada Mei 1928 beliau menang dalam pilihan raya dan menjadi timbalan di Reichstag. Enam bulan kemudian, beliau dilantik pula sebagai ahli majlis perbandaraan Berlin.

Pada waktu ini, Hitler bertambah yakin dengan keupayaan Goebbels dan beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah propaganda bagi keseluruhan parti Nazi. Tugasan baru ini amat berat dan mencabar kerana parti Nazi telah di'gam' pihak atasan dan ahlinya dilarang berceramah melalui radio nasional. -- pergerakan National Socialist berkembang dalam tempoh ini. Menjelang 1932 Parti Hitler telah menjadi parti Jerman paling penting, dengan menjadi bahagian terbesar di Reichstag.

Propaganda Parti yang luas dan empayar penerbitan -- dikawal oleh Goebbels -- termasuk 120 akhbar harian dan mingguan di baca dengan tetap oleh hampir sejuta orang di seluruh dunia. Dengan kepimpinan muda yang menonjol, pergerakan National Socialist amat popular dikalangan pemuda Jerman. Sebagai contoh, menjelang tempoh Hitler menjadi Chancellor, National Socialists telahpun menguasai pilihanraya majlis pelajar di universiti Jerman.